Winnie The Pooh Glitter

Friday, February 26, 2016

Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa arab

terima kasih - syukran (شكرًا )
sama sama - afwan ( عفواً )
saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف )
baiklah - hasanan ( حسناً )
mungkin - rubbama (ربما )
awas! - intabih ( انتبِه )
berhati hatilah - ihzar ( احذر )
jangan lupa - la tansa ( لا تنسىٰ )
samiinun - gemuk ( سمين )
Tawiilun - panjang ( طويل )
Qasirun - pendek ( قصير )
khofiidhun - rendah ( خفيض )
nahiifun - kurus ( نحيف )
yaum - hari ( يوم )
usbu' - minggu ( أسبوع )
syahr - bulan ( شهر )
sanah - tahun ( سنة )
semoga berjaya ..

Ucapan dalam bahasa arab .
Selamat malam - laila sa'edah ( ليلة سعيدة )
sobahul khair - selamat pagi ( صباح الخير )
ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )
semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
salam ukhuwah - salam perkenalan ( سلام اخوة )
jazakallah hukhairan - semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )
tobat masauk - selamat tengahari ( طابت مساؤك )
azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )
semoga berjaya ..

Ganti nama/personal pronouns
..aku/saya - ana ( أنا )
..kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
..kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
..dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
..dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
..dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
..dia (perempuan-3 dan keatas) - hunna ( هنَّ )
..kami - nahnu ( نحنُ )
..kalian (ramai) - antum ( أنتم )
..mereka - hum ( هُمْ )
 ..cantik = jameelah ( جميلة )
..buruk = qabih ( قبيح )
..Bersih = nadziifun ( نظيف )
..Malas = kaslaan ( كسلان )
..Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
..a'kulu = saya makan ( أاكل )
..Asyrobu = saya minum ( أشرب )
..Aqrou = saya membaca ( أقرا )
..aktubu = saya menulis ( أكتب )
..Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
..Amsiku = saya memegang ( أمسك )
..A'malu = saya mengerjakan ( أعمل )
..Albasu = saya memakai ( ألبس )
..Toriiqon = jalan ( طريق )
..B

Wednesday, December 23, 2015

Dia Yang KAU Pilih.

Bila orang yang dikeji serasa bagaikan jijik untuk mendekati dirinya.
Setiap hari ada sahaja cerita yang memburukkan dirinya.
Setiap masa ada sahaja masalah dan ujian untuk dia menghadapi dengan sendiri.
Ada kala masalah menjadi bertambah besar bila ada orang yang dengki dengan dirinya.
Yang selalu tidak puas,tidak senang melihat dirinya senang dan bahagia walaupun hanya seketika.
Hanya lebih rela,lebih puas melihat dirinya dihina,dimaki dan sengsara seumur hidup.

Dialah Orang Yang Dipilih Oleh Allah.
Tidak pernah lekang dalam menerima segala ujian tika di dunia.
Sehingga sanggup dipandang hina,keji dan jijik pada pandangan manusia.
Lebih rela daripada dipandang hina pada pandangan Allah.
Terkadang kita rasa manusia yang dihina itulah memang layak dipandang hina.
Tanpa kita sedar..
Orang yang selalu dihina itulah yang dipandang mulia oleh Allah dan makhluk yang berada di atas langit.
Allahu Akbar.
Manusia yang dahulunya jahil,suatu masa nanti akan menjadi lebih baik daripada orang yang alim.
Jangan terlalu menilai keburukan seseorang itu dan menganggap seolah-olah dia sememangnya ahli neraka.
dan jangan pernah menganggap yang kita ni seolah-olah kita akan menjadi ahli syurga.

Dialah Orang Yang Dipilih Oleh Allah.
Bila rasa amalannya masih kurang tika di dunia.
Sehingga terlalu memikirkan amalannya diterima ataupun tidak oleh Sang Pencipta.
Bukan seperti mereka yang serasa amalannya semasa di dunia terlampau banyak.
Sehingga menganggap dirinya sentiasa suci seolah-olah manusia yang bersifat maksum.
Dialah Orang Yang Dipilih Oleh Allah :') 



Tuesday, July 7, 2015

Munafik






Dalam ayat-ayat Quran serta hadis Rasulullah cerita tentang sifat-sifat munafik BUKAN untuk kita guna supaya boleh tuduh seseorang tu munafik berdasarkan sifat yang Allah dan Rasulullah bagitahu.

Tapi itu adalah untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI.

Sekali lagi,

Ayat Quran dan hadis tentang ciri dan sifat orang munafik BUKANNYA guna untuk kita tuduh seseorang, tapi untuk MUHASABAH DIRI SENDIRI.

Rasulullah pun tak pernah cerita kat sahabat tentang siapa munafik kecuali Huzaifah r.anhu.

Dan Rasulullah TAK PERNAH cakap,

"Kau ni munafik" walaupun pada abdullah bin ubay bin salul. Sedangkan masa tu semua orang tahu ibnu ubay tu bapak munafik.

Umar radiyallahu anhu pun pernah risau dan takut kalau dia adalah munafik, sampai dia merayu pada Huzaifah untuk bagitahu adakah dia ni tergolong dalam golongan munafik yang Rasulullah cerita kat dia.

Tu saidina Umar bro, orang yang dijamin Syurga pun takut kalau dia adalah munafik.

Siapa kita nak tuduh orang lain munafik? So muhasabah diri sungguh2.

Ayat dan hadis pasal munafik tu bukan untuk kita tuduh orang, tapi untuk muhasabah diri sendiri.

Tuduh orang lain munafik ni tuduhan yang BERAT sebab ia isu HATI, kalau salah tuduh nanti tuduhan munafik tu akan KEMBALI pada diri sendiri !




Ikhlas,
Team Tarbiah Sentap

Saturday, July 4, 2015

Ramadhan.. tolong jangan pergi ;(


 

 Malam raya.
Ibu mengetuk pintu bilikku.
Menghulurkanku sepucuk surat.
“Apa ni, mak?”
“Ada orang bagi tadi. Untuk kamu.”
Ibu berlalu pergi ke ruang tamu, menyambung kerja menghias rumah dengan adik dan kakak.
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dengan cermat, aku membuka sampul berisi surat.
Ku teliti tulisannya. Kemas. Tulisan siapakah ini? Tidak ku kenali.
Bersila di atas katil. Ku amati bait-bait tulisan di helaian surat. Ringkas saja isinya.
“Assalamualaikum.
Maaf mengganggu.
Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan awak. Awak boleh panggil saya stalker kalau awak nak. Sebelum puasa lagi, saya nak sangat jumpa dengan awak. Awak tahu tak betapa saya berkenan dengan awak?”
Hatiku mulai berdebar-debar. Rupanya aku ada peminat dalam diam. Mesti awek ni. Kembang kuncup sekejap hidungku. Tersipu-sipu. Tak sabar-sabar lagi, terus aku membaca perenggan yang seterusnya.
“Sejak tahun-tahun dulu lagi sebenarnya saya dah lama follow awak. Awak saja tak sedar kewujudan saya. Saya intai di facebook awak, status awak, awak kata awak suka ke masjid dekat rumah awak ni bila nak solat terawikh.
Saya buat keputusan untuk ke masjid yang awak sebutkan. Namun, hampa. Saya tak nampak kelibat awak di situ. Saya tunggu dan tunggu, awak tak datang-datang juga. Selama dekat 9 malam saya tunggu awak.
Kecewa sendiri.
Saya decide untuk meninjau-ninjau masjid dan surau yang berdekatan dengan rumah awak, tapi hampa juga. Awak juga tiada di mana-mana.
Lalu, saya tekad cuba ke rumah awak. Saya dapati awak ada saja di rumah. Tak ke mana-mana. Saya nampak awak sibuk dengan laptop dan henfon awak. Fikir saya, mungkin awak ada seseorang yang sangat istimewa. Bila habis saja orang bersolat terawih, awak keluar lepak dengan kawan-kawan makan-makan. Begitulah rutin awak setiap hari.
Saya cemburu. Padahal awak tak tahu, andai awak kenal saya, awak akan tahu saya lebih istimewa dari orang yang awak suka tu. Awak tak tahu, perasaan saya pada awak jauh lebih dalam berbanding sesiapa pun yang awak kenal. Lebih anggun dan menawan dari gadis-gadis yang awak kenali.”
Aku berkerut kening. Dalam hati, dia ni menakutkanlah. Syok sendiri ke minah ni? Aku menyambung baca.
“Saya sedih. Sangat sedih.
Saya tetap menanti awak di pintu masjid yang awak katakan. Setia menanti. Cuma nak melihat awak. Di malam ke-18, awak muncul akhirnya. Awak tahu tak, betapa saya happy sangat dapat tengok awak? Walaupun awak tak perasan saya, saya tak kisah.
Tapi, gembira saya tak lama.
Awak hilang lagi. Tak datang lagi ke masjid. Saya pergi ke masjid itu tiap kali masuk waktu solat. Dengan harapan awak ada sama berjemaah. Tapi, hampa bertubi-tubi. Bayang awak pun saya tak nampak.
Di siang hari, ada saya ke rumah awak. Saya dapati awak selepas Subuh, tidur sampai Zohor. Selepas Zohor, tidur sampai Asar. Andai tak tidur, sibuk dengan fon. Malam kadang-kadang awak tidur, banyaknya berjaga. Tak habis-habis dengan internet dan gajet. Kadang-kadang saya terfikir, awak tak bosankah menghadap benda-benda tu? Apa penting sangatkah mereka?
Saya tunggu seperti biasa di masjid. Tiap malam tanpa jemu. Hinggalah malam terakhir terawih. Awak tak hadir juga.
Saya kecewa. Saya sedih. Malam itu saya menangis cukup-cukup. Biarlah tumpah seribu air mata sekalipun. Pedihnya hati ini. Betapa awak tak peduli. Tak pedulikan saya. Tak pedulikan kehadiran saya. Tak pedulikan kesetiaan saya selama ini.
Tak peduli yang saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Tak peduli yang saya ambil berat tentang awak sangat-sangat.
Jauh di sudut hati saya sebenarnya, saya nak tengok awak jadi pemuda yang soleh. Sebab itulah tanpa jemu, saya tunggu awak di masjid tiap masa dan ketika. Tinggalkan dosa, tinggalkan benda-benda lagha. Namun, hajat tak kesampaian.
Cukuplah sampai sini.
Saya ambil keputusan untuk pergi. Tak mahu ganggu awak lagi. Biarlah awak dengan hidup awak. Siapa saya di mata awak? Sesuatu yang tidak bermakna saja pada awak.
Biar berjauhan.
Awak kenal siapa saya.”
Aku menggigil sedikit membaca baris terakhir. Ku gagahkan diri jua.
“Saya Ramadhan.
Jaga diri, jaga iman.
Selamat tinggal.”
Aku terkedu. Kelu membisu. Air mata mulai menitik ke atas warkah misteri itu.
Ya Allah. Ku tinggalkan surat tadi, berlari keluar untuk bertanyakan mak siapa yang bagi. Mak menggeleng tak tahu. Bila masuk kembali, surat itu telah diterbangkan angin melalui tingkap. Hilang.
Melihat orang lain beraya, aku juga mahu sakan beraya dengan orang tercinta. Tapi, selama ini aku buat semberono ala kadar saja pada Ramadhan Allah.
Air mata mengalir tak tertahan lagi.
Aku pendosa yang lupa Allah Maha Memerhati.
Kesal 150 juta kali.
           
Jgn biar ending kisah anda sebegini TRAGIS !!
jangan biarkan ramadhan pergi dengan tangisan sesalan tapi tangisi pemergian kerana bimbang kita tak bertemu lagi dengan nya. Ramadhan Kareem

Friday, July 3, 2015

Kisah Baju Raya Anak Pemerintah Islam

Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah sambil menangis teresak-esak.

Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-teman di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)

Di antara mereka mengatakan : “Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!”

Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya sehingga membuat hatinya teramat sedih...

Kehidupan seharian keluarga Pemerintah Islam Khalifah Umar memang sangat sederhana.

Walaupun berjawatan sebagai khalifah (pemimpin negara), tampalan di bajunya ada empat belas.

Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal (Hari Raya)...

Kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut.

Kerana tidak bertemu dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :

“Kepada bendahara Baitulmal yang saya hormati...

Saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera..”

Tuan bendahara tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada Khalifah.

Sebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama.

Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Tuan bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.

"Kepada Amirul-Mukminin Umar bin Al-Khattab,

Telah saya baca surat Tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal.

Saya sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani JAMIN bahawa diri Tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan?

Seandainya ajal menjemput Tuan sebelum awal bulan, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah?

Wassalam..”

Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya untuk membeli baju baru untuk si anak

Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis,

“Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” tanya anaknya.

Umar menjawab :

“Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.”

Kemudian anaknya berkata : “Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya.

Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku..”

Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

Al-Kisah

 

 Dulu masa kecik-kecik, saya agak terkilan bila ibu cuba membandingkan saya dengan orang lain.

"Cuba kau tengok anak pak anjang tu, pandai siap masuk MRSM."

"Kau tengok anak jiran belakang rumah tu, dapat straight A's SPM.."

dan segala macam perbandingan saya dengan orang lain. Sampai dulu pernah saya 'memberontak' dalam hati,

"Ala, biarlah mereka. Mereka tu cara mereka, orang cara orang la. buat apa nak banding-bandingkan.."

Walaupun alhamdulillah sekarang ibu tak macam tu lagi, tapi kadang-kadang saya terfikir,

"Kenapa ibu banding-bandingkan aku?"


Lepas saya muhasabah, baru saya perasa sesuatu. Saya pun suka MEMBANDING-BANDINGKAN ibu dengan orang lain.

Bila saya pergi rumah kawan saya yang keluarga besar, rumah besar, saya akan kata,

"Bestnya dapat mak ayah macam kau.."

"Ee.. sportingnya mak kau.. Kan bagus mak aku sporting macam mak kau.."

dan segala bagai perbandingan yang saya buat antara ibu dengan orang lain. Saya muhasabah dalam-dalam. Ini mungkin kafarah dosa saya dapat, kesan dari saya buat pada orang lain, khususnya ibu.

---


Point saya nak sampaikan,

1. Kepada korang semua yang baya-baya saya, masih lagi belum kahwin, ataupun dah kahwin tapi belum ada anak,
tetapi masih mempunyai ibu bapa..


Nasihat saya untuk korang, JANGAN pernah membandingkan ibu bapa korang dengan ibu bapa orang lain. Terutama sekali bila korang pergi rumah kawan-kawan korang.

Jangan pernah bandingkan,

"Ish.. baguslah ayah kau. Ayah aku tak macam ni pun.."

"Mak kau ni solehah la.. kalau mak aku, membebel je.."

"Mak ayah kau sporting la. Mak ayah aku asyik kongkong je.."

dan segala bagai perbandingan. Jangan pernah bandingkan!


Saya tahu dan faham, sebagai anak-anak kita TAK SUKA dibanding-bandingkan oleh ibu bapa kita dengan orang lain kan? Sapa je yang suka mak ayahnya membanding-bandingkan dia dengan orang lain.


Cuba muhasabah balik, bape kali kita dah banding-bandingkan ibu bapa kita dengan ibu bapa orang lain?


Hargai ibu bapa kita. Mereka hanya satu, TAKDE pengganti lain dah kat dunia ni, walau berjuta pun harganya. Dan takde juga kage bunshin sekalipun. Kelemahannya kita tampung, kelebihannya kita hargai.

Mereka hanya satu je, tiada ganti. Mereka yang melahirkan dan membesarkan kita, jangan sia-siakan mereka.

Mereka adalah antara hadiah yang Allah bagi pada kita.


---


2. Kepada Tuan Puan, Dato' Datin (kalau ada), Haji Hajah (kalau ada yang follow) yang sebaya dengan mak ayah saya,

tetapi mempunyai anak dan cucu,

Nasihat saya yang tak pandai, kurang makan 'garam', dan cakap tak serupa bikin ni kepada anda sekalian, JANGAN pernah membanding-bandingkan anak-anak anda dengan anak orang lain.


Ketahuilah, anak-anak anda tak suka dibandingkan dengan anak orang lain. Mereka nak anda HARGAI mereka, dan IKTIRAF kebolehan dan kelebihan yang mereka ada.

Mereka nak jadi diri mereka, bukan nak jadi anak mak ngah, anak mak uda, anak mak teh, mak long, dan lain2.

Mereka nak jadi anak TUAN PUAN sendiri. Dan mereka nak jadi diri mereka.
Jadi, jangan banding-bandingkan mereka, tetapi BANTU mereka untuk jadi yang terbaik. Kelemahan mereka anda bimbing, kelebihan mereka anda iktiraf dan hargai.

Kerana mereka hanya satu di dunia, tiada dua atau tiga. Anak-anak tuan puan mungkin ada 10, tetapi setiap 10 tu kalau hilang 1, takkan kembali balik, dan tiada yang mampu ganti semula.

Mereka adalah anak-anak dari darah daging tuan-puan, jangan sia-siakan mereka.

Mereka adalah antara hadiah yang Allah bagi pada anda.


---



Maaf jika tulisan ni panjang, ia adalah sedikit coretan dari buku saya akan datang insyaAllah (Aku Bukan Malaikat). Cuma ia luahan hati seorang anak, dan seorang bakal suami serta ayah untuk akan datang.

wallahu'alam




Team Tarbiah Sentap

Friday, March 27, 2015

Hari Kiamat


 - Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DGN AMALAN YANG SANGAT2 SIKIT.BAGAIMANA UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN2 YG TELAH DILAkukan