Winnie The Pooh Glitter

Saturday, March 23, 2013

Keluarnya Yakjuj dan Makjuj Pada Akhir Zaman,Petanda Kiamat Sudah Dekat .

Nabi Muhammad S.A.W juga meramalkan malapetaka Yakjuj dan Makjuj akan datang kembali pada akhir zaman.Keluarnya Yakjuj dan Makjuj adalah salah satu tanda daripada sepuluh tanda-tanda besar sudah dekatnya hari kehancuran alam semesta.Sebagaimana hadis yang direkodkan oleh Iman Muslim daripada Huzaifah bin Usaid Al-Ghiffari,beliau berkata : "Rasulullah S.A.W pernah muncul ke hadapan kami ketika kami sedang berbincang-bincang.Beliau betanya,'Apakah yang kamu sedang bincang?' Mereka (para sahabat) menjawab,'Kami sedang memperbincangkan hari kiamat.Beliau berkata,'Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh tanda sebelumnya.Kemudian beliau menyebut 1) Ad-Dukhoon (asap/kabut panas); 2)Dajjal (pendusta); 3)Dabbaah (binatang yang akan keluar dari perut bumi); 4)terbitnya matahari dari barat; 5)turunya Isa bin Maryam; 6)Yakjuj dan Makjuj; (7-9) tiga gempa bumi iaitu di timur,barat,dan di Jazirah Arab; dan yang terakhir adalah (10)Keluarnya api dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat berkumpulnya mereka "
(Sahih Muslim,Bab Fitnah dan Tanda-tanda Kiamat,18:27-28)

Adakah kita sudah mempersiapkan diri kita untuk menghadapi Alam Barzakh dan Hari kiamat ? muhasabah diri

No comments: