HADIS RASULULLAH S.A.W telah jelas menerangkan kepada kita bahawa malaikat itu diciptakan daripada "nur"(cahaya)
RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud:"Malaikat itu dicipta daripada nur......
jin pula diciptakan daripada nyala api......
dan NABI ADAM diciptakan darpiada tanah liat......
Ramai di antara ahli sejarah memperkatakan tentang masa malaikat diciptakan dan mereka telah menyebutkan bermacam-macam qaul dan pendapat yang kesemuanya itu tidak berasaskan dalil dari Al-Quran dan Sunnah.
Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat itu sebelum menciptakan manusia.Hal ini dapat dilihat di dalam Al-Quran bahawa Allah S.W.T telah memberitahu kepada para malaikat bahawa akan menjadikan
khalifah di muka bumi iaitu manusia.
Dan disebutkan bahawa yang mengetahui jumlah malaikat yang sebenar hanyalah Allah sendiri.Beberapa hadis RASULULLAH menerangkan bahawa ramainya malaikat itu melebihi jumlah manusia.RASULULLAH telah bersabda :ertinya"Tidak ada tempat satu kakipun di langit,melainkan terdapat malaikat yang sedang sujud atau berdiri di situ."
Semua makhluk akan mati.....
Hal ini terjadi apabila sangkala kecuali yang dikehendaki oleh ALLAH sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadis tentang sangkala.Kemudian ALLAH telah ditiup.Iaitu pada tiupan kedua yang pada waktu itu akan mati semua makhluk yang hidup di langit dan dibumi akan mencabut roh-roh makhluk yang masih hidup itu sehinggalah yang paling akhir sekali menemui kematian adalah malaikat maut.Maka tinggallah sendiri Zat Yang Maha Hidu pdan Maha Kekal iaitu ALLAH.Pada saat itulah ALLAH akan berfirman:"Untuk siapalah kerajaan pada hari ini?"
Kemudian ALLAH menjawab sendiri pertanyaan -Nya itu.
"Untuk ALLAH Yang Maha Satu Yang Maha Perkasa."
Dalil yang menunjukkan bahawa malaikat itu akan mati ialah firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:"Dan ditiuplah sangkala,maka matilah siapa yang dilangit dan dibumi kecuali siapa yang dikehendaki oleh ALLAH Maka ditiuplah sangkala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu keputusannya masing-masing ."firman ALLAH S.W.T bermaksud:"Tiap-tiap segala sesuatu itu akan binasa,kecuali ALLAH."
RASULULLAH S.A.W bersabda berkenaan dengan kisah terompet yang masyhur ini:"Kemudian ALLAH memerintahkan malaikat ISRAFIL.Maka ditiuplah terompet itu,maka matilah semua penghuni langit bumi kecuali yang dikehendaki oleh ALLAH.Berkata malaikat maut:"Telah mati semua penghuni langit dan bumi kecuali yang engkau kehendaki."ALLAH bertanya:"(sebenarnya dia lebih mengetahui).
Siapakah masih hidup?"Malaikat maut:"tinggalkan engkau zat yang maha hidup tidak mati,malaikat pembawa Arasy,malaikat JIBRIL,malaikat MIKAIL dan aku."ALLAH berfirman :"matilah JIBRIL DAN MIKAIL!"
malaikat JIBRIL dan malaikat MIKAIL pun mati.kemudian malaikat maut pun datang melaporkan kepada ALLAH:"MALAIKAT JIBRIL dan MALAIKAT MIKAIL telah mati."ALLAH berfirman:"Matilah malaikat pembawa ARASY!"
Kemudian mereka pun mati.ALLAH memerintahkan pada ARASY,maka ALLAH mengambil sangkala dari malaikat ISRAFIL.Kemudian malaikat maut datang kepada ALLAH dan melaporkan:"wahai tuhanku,malaikat pembawa ARASAYMU telah pun mati."
ALLAH bertanya:"(sebenarnya dia lebih mengetahui).siapa yang masih hidup?"
malaikat maut menjawab:"tinggalkan engkau zat yang maha hidup,tidak mati dan tinggallah aku."
ALLAH berfirman "engkau mahkluk diantara mahkluk juga aku menciptakan engkau sebagaimana engkau telah ketahui,maka matilah engkau!"
maka malaikat maut pun mati........"
apa malaikat itu lelaki atau perempuan?
jantina lelaki atau perempuan tidak saja ada pada mahkluk yang bernama manusia,tetapi jantina itu juga ada pada haiwan,tumbuh-tumbuhan dan benda-benda lain.semua mahkluk yang ada itu terdiri daripada jantan dan betina,bahkan benda yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia juga terdiri daripada jantina yang berlawanan:umpamanya aliran elektrik yang terdiri daripada positif dan negatif.firman ALLAH S.W.T bermaksud:"dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran ALLAH."
FIRMAN ALLAH S.W.T bermaksud:"dan bahawasanya dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan."
FIRMAN ALLAH S.W.T bermaksud:"maha suci tuhan yang telah menciptakan pasang-pasangan semuanya,baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui."
jadi,jelas bahawa semua mahkluk itu terdiri dari lelaki dan perempuan sebagaimana yang telah disebutkan dalam AL-QURAN,kecuali malaikat saja yang tidak termasuk dalam ayat tersebut.malaikat tidak lelaki dan tidak perempuan.mereka hanya disebutkan oleh ALLAH sebagai "ibadurrahman"atau hamba-hamba ALLAH yang maha pemurah.
No comments:
Post a Comment