Winnie The Pooh Glitter

Monday, January 10, 2011

SIFAT YANG TERPUJI...

Seorang lelaki dermawan berjalan melalui sebuah kebun kurma yang subur.Dia berniat jika kebun itu menjadi miliknya,dia akan bersedekah kepada fakir miskin dan para musafir.
Sementara itu pemilik kebun kurma itu tergerak hatinya untuk menjual kebunnya.Setelah berbincang dengan keluarnnganya,maka pemilik kebun itu membuat pengumuman untuk menjual kebunya.Maka ramailah yang menawarkan harga untuk membeli tanah kebun tersebut.Apabila lelaki dermawan itu mendegar pengumuman itu,dia pun berjumpa dengan tuan kebun itu dan menyatakan hasratnya untuk membeli kebun tersebut.Setelah tawar-menawar dibuat,tuan kebun itu bersetuju menjual kebun tersebut kepada lelaki dermawan itu.
Setelah membeli kebun tersebut,lelaki dermawan itu pun mengerjakan kebun yang baru dibelinya itu.Dia berharap dapat mengutip hasil tanaman sebelum bulan ramadhan menanti supaya dapat disedekahkan kepada orang miskin.
Sedang dia mencangkul tanah untuk menyemai benih kurma tersebut tiba-tiba cangkulnya itu terkena sesuatu benda keras.Lelaki dermawan itu terus menggali untuk mengetahui apakah benda keras tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila mendapati benda keras itu adalah sebuah peti yang mengandungi intan berlian
yang tinggi nilainya.
Dia pun termenung memikirkan apakah yang harus dibuat dengan harta tersebut.Ini kerana harta itu bukan miliknya.akhirnya dia memutuskan untuk memulangkan kepada pemilik asal kebun tersebut.
Setelah berjumpa pemilik asal kebun tersebut,lelaki dermawan itu pun menceritakan apa yang berlaku.
Tetapi pemilik asal kebun tersebut tidak mahu mengambil harta tersebut.Dia menganggap harta itu kurniaan ALLAH kepada dermawan tersebut.
Namun lelaki itu enggan menerima harta itu sebagai miliknya.Ini kerana dia hanya membeli tanah kebun tersebut tetapi bukan harta yang terdapat dalam tanah tersebut.
Lelaki dermawan itu tetap bertegas harta itu milik tuan asal tanah itu.
Tetapi ,pemilik asal kebun tetap tidak mahu mangakui harta itu kepunyaannya.
Ini kerana,dia menjual kebun kurma itu bersama isi-isinya sekali.Oleh itu dia tidah mahu mengambil harta yang bukan milknya.
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membawa perkara itu kepada RASULULLAH.Baginda pun bertanya kepada tuan kebun tersebut.
"adakah saudara mempunyai anak lelaki yang belum berkahwin?"tanya RASULULLLAH.
"ada wahai RASULULLAH."
jawab tuan kebun tersebut.Kemudian RASULULLAH bertanya pula kepada dermawan tersebut.
"Adakah saudara mempunyai anak perempuan yang belum berkahwin?"tanya RASULULLAH lagi.
"Ada wahai RASULULLAH."
Jawab dermawan itu.setelah kedua orang itu membenarkan pertanyaan RASULULLAH,lalu baginda meminta mereka menjodohkan kedua anak mereka dan menjadikan harta itu sebagai mas kahwinya.
Kedua lelaki yang tadinya kebingungan akhirnya saling berpelukan.mereka akhirnya menjadi saudara diatas perkahwinan anak mereka itu.

No comments: