1.
Tidak ada
simpanan yang lebih berguna daripada ILMU
Tidak ada
sesuatu yang lebih beruntung daripada ADAB
Tidak ada
kawan yang lebih bagus daripada AKAL
Tidak ada
benda ghaib yang lebih dekat daripada MAUT
2,
Seorang
sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan
menyanyikan kembali taktala kau lupa akan bait-baitnya.
3.
Orang
yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan yang
diambil,sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.{Khalifah
Ali bin Abi Talib}
4.
Kehidupan
manusia di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.Apa yang
ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang yang perlu digunakan sebaik
mungkin.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali
semula ke pada ilahi satu hari nanti.
5.
Kadangkala
orang yang menyintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu
..
Kerana
orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya ..
Dan bila
disuatu masa dia hilang dari pandanganmu ..
Kau akan
menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari ..

.jpg)
No comments:
Post a Comment